Shopping My Account FPX Deposit Fund Deposit Fund Transfer Services

E-dagang

Electronic Commerce

Electronic Commerce

E-dagang, biasanya dikenali sebagai (pemasaran elektronik) atau e-dagang, mengandungi penjualan dan belian produk-produk, perkhidmatan didalam sistem elektronik di internet dan jaringan komputer yang lain. Penggunaan internet tanpa batasan telah membuatkan e-dagang berkembang secara pesat. Penggunaan perdagangan dikawal dengan cara:

-          Menggalakkan dan mencipta pembaharuan didalm dan pindahan elektronik

-          Pengurusan rangkaian bekalan

-          Pemasaran dalam internet

-          Pemprosesan urusniaga dalam talian

-          Pertukaran data Elektronik (Edi)

-          Sistem pengurusan Inventori

-          Sistem pungutan data secara automatic.

E-dagang moden biasanya menggunakan www sekurang-kurangnya didalam beberapa perkara didalam kitaran transaksi, walaupun wujud  teknologi yang lain seperti email.

Peratusan terbesar didalam e-dagang adalah dikawal sepenuhnya secara elektronik,  contohnya seperti mengakses item kandungan premium didalam website, tetapi kebanyakan e-dagang meggunakan penghantaran barang dengan pelbagai cara lain.  Peruncit  Dalam Talian juga  dikenali sebagai e-tailers atau  e-tails.  Kini hampir semua peruncit mempunyai e-dagang mereka sendiri di internet.

E-dagang dikawal oleh perniagaan yang merujuk kepada business to business atau B2B. B2B dibuka kepada semua pihak yang berminat (e.g pertukaran komoditi) ataupun ianya terhad sebelum layak mengambil bahagian (pasaran elektronik swasta). Selain itu terdapat juga B2C. B2C pula dikawal oleh syarikat seperti Amazon.com.

E-dagang secara umumnya dianggap menjadi aspek jualan kepada e-perniagaan. Ia juga terdiri daripada pertukaran data bagi  memudahkan pembiayaan dan aspek-aspek pembayaran urus niaga perniagaan tersebut.

3C

Amazon.com

Amazon.com

Pelbagai cara telah dibuat bagi membolehkan wang digunakan didalam internet. Terdiri daripada 3C iaitu Commerce, Content dan Connection. Commerce adalah berkenaan dengan jualan di internet seperti yang dilakukan oleh Amazon.com. Content merujuk kepada penempatan di internet.berbeza-beza daripada tajuk berita ke web-logs. Contohnya seperti berita BBC dan Facebook. Akhirnya, satu cara ditemui iaitu dengan berniaga dengan membekalkan satu sambungan internet, seperti AOL , satu daripada internet terbesar penyedia-penyedia perkhidmatan (ISP) di Amerika Syarikat.

Sesetengah syarikat , seperti Google, Microsoft dan AOL, menawarkan semua elemen 3C, yang mana ianya memberikan mereka satu kebaikan pada pesaing  mereka. Menurut pakar maklumat, Gabungan ini boleh memberikan satu formula kejayaan.

Perdagangan Sosial

Perdagangan social merupakan sub kepada e-dagang dimana penyertaan aktif pelanggan dan hubungan peribadi diberi keutamaan.  Elemen utama perdagangan social adalah penglibatan seorang pelanggan dalam pemasaran produk yang dijual. Contohnya  cadangan serta komen daripada pelanggan. Ini akan berlaku apabila pelanggan menerbitkan weblogs mereka bersama-sama  dengan senarai beli belah. Terma ini mula diperkenalkan oleh David Beisel diikuti pula oleh Steve Rubel, iaitu idea asalnya adalah daripada Yahoo!’s shoposphere, dan Shopit.

Bagaimanapun, terma telah pun diperluaskan, ianya merangkumi pelbagai aktiviti perdagangan sosial, di mana penyertaan sosial boleh dilanjutkan melebihi syor pembelian kolaborasi, seperti microPledge, BountyUp, TimeXchange, penubuhan tabung atau (Bring Light, ChipIn, Crowdfunder, Causes  pada Facebook). Street Performer Protocol adalah satu sistem popular untuk pembelian kolaborasi.

Social Commerce - Facebook

Perdagangan Sosial - Facebook

Perdagangan sosial , seperti social shopping dan rangkaian social dalam talian seperti Facebook, adalah merupakan satu Web 2.0 aplikasi perniagaan. Perdagangan sosial berhubungkait dengan carian enjin yang optimum sebagai cara untuk berhubung masuk dan menjana kandungan pengguna,  semuanya ialah alat-alat bagi meningkatkan satu pencarian laman web bagi menghasilkan satu enjin carian khas seperti Google.

Kajian akademik didalam e-dagang lebih memberi fokus kepada aspek rangkaian social pasaran didalam talian dan kepada individu yang turut serta didalam pasaran ini. Selain itu, ianya telah dikawal oleh penyelidik di  University’s Graduate School of Business di Columbia. Penyelidikan ini menyatakan bahawa perdagangan social adalah sebagai rangkaian penjual-penjual / kedai-kedai dalam pasaran online, manakala membeli-belah sosial melibatkan rangkaian  pembeli-pembeli / pelanggan-pelanggan dalam pasaran online dan ahli didalam talian.

Continue Reading ……. Electronic Business